Friday, March 12, 2010

GALERI NURULFAQAR




GALERI NURULFAQAR









HUBUNGI KAMI


HUBUNGI KAMI DI TALIAN:
0197477323

DI ALAMAT:
JALAN KEBUDAYAAN 18, TAMAN UNIVERSITI,
81300 SKUDAI, JOHOR.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN KAMI



LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKAT

Perniagaan Nurul Faqar ditubuhkan pada tahun 2003 dan diasaskan oleh Siti Saufa binti Abdullah. Perniagaan ini adalah jenis Penjaja Sementara Berkenderaan yang beroperasi di alamat Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, 81300 skudai, Johor. Nama bagi perniagaan ini diambil bersempena dengan nama anak pemilik gerai ini iaitu gabungan di antara anak lelakinya Mohd Faqar bin Salam dengan anak perempuan pemilik gerai iaitu Nurul bin Salam.
Modal permulaan bagi membuka perniagaan ini adalah RM1500.00. Gerai ini menjual goreng pisang, keropok lekor, cendawan goreng, ubi kayu, ubi keledek, cucur, dan juga minuman seperti air kelapa dan air bandung. Jenis perniagaan ini adalah perniagaan kecil-kecilan sahaja yang dibantu oleh suami pemilik ini sendiri iaitu Encik Salam dan adiknya Mohd Danial. Perniagaan ini telah dijalankan selama tujuh tahun yang bermula dari tahun 2003 sehingga sekarang.
Selain mempunyai gerai di tepi Jalan Kebudayaan, pemilik gerai ini juga memiliki sebuah lagi kedai, namun kedai ini kurang mendapat sambutan kerana orang dikawasan sekitarnya bekerja dan ia jauh sedikit dari kawasan bandar. Oleh sebab itu, pemilik gerai ini mengambil keputusan untuk menutup kedai berkenaan dan menumpukan perhatian pada perniagaan asalnya sahaja. Sehingga sekarang Perniagaan Nurul Faqar terus berkembang dan juga telah membuat perkhidmatan katering di majlis-majlis perkahwinan, majlis keraian dan juga jamuan.

PERKHIDMATAN KAMI :







PERNIAGAAN NURUL FAQAR MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING DIMANA KAMI MENYAJIKAN MAKANAN DAN MINUMAN PETANG. GAMBAR - GAMBAR DIATAS MERUPAKAN SAMPEL -SAMPEL SAJIAN YANG KAMI SEDIAKAN UNTUK PERKHIDMATAN KATERING.

PERNIAGAAN NURUL FAQAR JUGA MENYEDIAKAN PERKHIMATAN KATERING BAGI MAJLIS PERKAHWINAN, MESYUARAT SEKOLAH, HARI JADI, MESYUARAT PEJABAT- PEJABAT DAN KENDURI -KENDURI KECIL DI RUMAH-RUMAH.

ANTARA MAKANAN DAN MINUMAN YANG KAMI SEDIAKAN DALAM PERKHIDMATAN KATERING UNTUK MINUM DAN MAKAN PETANG ADALAH SEPERTI GORENG PISANG, CENDAWAN GORENG, KEROPOK LEKOR, TEMPE, UBI KAYU GORENG, KELEDEK GORENG, CUCUR, KARIPAP, BUBUR, DAN POPIA OTAK-OTAK. BAGI MINUMAN PULA SEPERTI AIR KELAPA, SARSI DAN CENDOL

TENTANG KAMI

Kami menyediaan perkhidmatan katering, makanan dan minuman petang dengan harga yang berpatutan. sila hubungi kami di no 019-7477323 (PERNIAGAAN NURUL FAQAR)